Wednesday, August 17, 2011

Bacaan Selawat


Nak share la juga haritu online2 ada terbaca kat satu blog tentang bacaan selawat dalam sembahyang yang biasanya dilafazkan ketika tahyat akhir.
Kepada yang dah tahu baguslah...kepada yang belum bolehlah kita share2 pengetauhan yang ada.. 

Apa yang perlu dibetulkan dalam bacaan selawat tersebut?

Iaitu perkataan Saidina... Ada di kalangan kita yang berselawat " Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Waala Ali Saidina Muhammad" Penggunaan "Saidina" adalah tidak salah, tetapi untuk pengetahuan kalian, sebutannya adalah SALAH!

Sebutan mengikut tulisan jawi yang betul adalah huruf "YA" yang "BERSABDU" bukan "MATI"...  Sebutan SAIDINA adalah penggunaan huruf "YA" yang dimatikan bunyinya.. Sebutan yang betul adalah "SAYYIDINA"

Bunyi penuh adalah seperti ini "Allahumma Solli Ala SAYYIDINA Muhammad Wa Ala Ali SAYYIDINA Muhammad". 

Jadi renungkanlah aktiviti solat kita... Adakah kita telah melakukan kesalahan sebutan ini di sepanjang kehidupan kita sehingga hari ini? Beristighfarlah, sesungguhnya tidak Allah S.W.T jadikan orang Islam yang beriman itu bersaudara, kecuali untuk mengingatkan antara satu sama lain.

Perkataan SAYYIDINA sebagai tambahan dalam tahyat. Penggunaan SAYYIDINA adalah bermaksud PENGHULUKU. Jika ragu-ragu jadi tidak menggunakanya pun tidak mengapa.

Apa pula maksud Saidina... Maksudnya ialah game yang korang main macam "Jutaria" tu, yang beli tanah, buat rumah dan hotel, lontar dadu, ada "Chances", ada "Fate", ada "Jail"  hehehehehehehe... 

Sebagai tambahan, sentiasa berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W juga ada banyak hikmahnya. Jadi renung2kan dan selamat beramal~


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...