Wednesday, July 27, 2011

Maksud Relationship Status di FB

ok aq mmg tgh xde keje skrg, asik mengadap FB je cm bosan plak, skrg aq nak berceloteh ckit kat sini korang dengar je r hoho...
aq dapat tajuk ni pun dari satu artikel cam menarik je...tapi tu dari pandangan tuan empunya artikel, sekarang nak cerita dari pandangan aq plak..

SINGLE

Kalau ladyzz yg letak status ni kebanyakannya nak guys diluar tu approach r...Mungkin awek tu dah bersedia utk berkenalan dan menjalin hubungan dengan seseorang.

Tapi hati-hati gak kpd lelaki yang nak m'approach, ada juga awek yang letak status ni sebab tgh gaduh dengan bf dia, tengah frust~ geram~ diorang letak r status single konon-konon nak bagi ex dia jelez gitu...bila da ok diorng sambung balik, korang yg lain tu jadi frenz list je la sob~ sob~

Bagi yg guyZz plak x tau la apa maksud sebenarnya, tapi kalau lelaki yg letak status begini agak x macho plak rasa, lebih2 lagi kalau terfikir maksud diorng sama cam ladyss diatas ni hehe.. tapi mungkin juga diorng juz nak berlaku jujur and xde nak fikir apa-apa pasal menjalinkan hubungan ni...




IN A RELATIONSHIP

Kalau status yk ni aq rasa cam ada banyak sebab...
   1~  Saje-saje je...
   2~  memang tangah bercouple cuma biarlah rahsia...
   3~  x nak digangu  *xnak dingurat melalui alam2 maya ni...
   4~  nak sedapkan hati pasangan je kalau putus xde r satu dunia tau..

Kalau in a relationship with sipolan2 ni plak mungkin nak make it official, tunjuk kesetiaan korang, er..apa lagi eh, korang tambah sendiri r buntu plak tetibe huhu...


MARRIED

Kebanyakkan yang letak status ni memang sudah berkahwin lah... kalau sesaje letak memang agak gedik disitu huhu...
Tapi bagi aq status married ni agak penting gak, kepada yang dah berkahwin and active berfacebook ni pastikan pasangan korang letak status ni, kot-kot ada orang nak mengOrat ke ape ke... who knows~


IT'S COMPLICATED


Kalau yk ni aq pun x sure sgt... mungkin masa tu diorang tengah dalam dilema nak pilih mana satu ...

kalau ku pilih disini apa kata disana~
kalau ku pilih disana disini akan terluka~  *aish..da macam lagu karok makdatin plak haha.. 


ok seriously aq mmg x tau sgt sebab2 org guna status ni mungkin saje-saje je, korang cerita la kat aq hoho...

Monday, July 25, 2011

Sekali Lagi...


Sekali Lagi...Tajuk movie terbaru dari Lisa Surihani dan Sam Shahiezy yang baru je aq tgk tadi...
Tertunggu-tunggu gak lakonan Lisa dengan Sam mantOp tak maklumlah dua2 pelakon ni aq minat huhu....




Macam biasa jalan cerita berkisarkan cinta sikit-sikit, awal-awal tengok agak bosan gak r, terdetik gak dalam hati nasib baik tak tengok kat wayang rugi plak nanti hehe...aq tengok pun laju-lajukan je tadi, bila da nak akhir-akhir tu baru lah boleh layan sikit walaupun rasa cam tak logik sgt.. 
aq rasa cerita ni kalau best pun sebab ada Lisa dengan Sam pLus adik Mia, jalan cerita agak kurang sedikit...
Apa-apa pun setiap orang berbeza pendapat, korang layan dulu, Zaassss....
http://beritamaster.blogspot.com/2011/07/filem-sekali-lagi-2011-full-movie.html


So Sweettttt...:p


eh tetiba plak gmba ni hee...

Sunday, July 24, 2011

Transformer...Police....n....Me...=(

First time kene kejar dengan polis siap bunyikan siren dari jauh tu, x tau r perasaan masa tu , nervous ada bLur2 pun ada huhu.. 
Ceritanya begini malam minggu tu adik aq balik dari KL jadi ajak r tgk wayang, time tu pula Transformers tgh tayang kirenye nak tengok cite tu r... Kalau orang tu jgn cerite r memang ramai bangat, aku pergi dekat KSL City mall baru r katakan siap ada wayang 3D and 2D tu, tapi malangnya tiket da abis dijual semue sesi plak tu melepas la nak tengok huhu...


KSL City


Bila nak balik pulak memang sesak r banyak kereta, aq ni agak tak penyabar gk r kadang2 lalu la jalan shorcut masuk lorong yang tak sepatutnya,tetiba tak sampai berapa minit lepas tu dengar bunyi siren, ingatkan ada Sultan ke anak sultan nak lalu rupa-rupanye polis kejar aq huhu... aq pun berhenti je la tepi jalan..
Macam biase dia keluarkan lampu picit suluh2 r ape yang patut kat kereta tu n then suruh aq klua untuk sign saman.. 
Dah keluar tu dia pun tunjuk r kertas untuk sign tapi x bagi pen, aq yang bLur2 ni pun tanya r
Aq          : "mana pennya encik nak sign" 
En.Polis : "eh awak nak sangat ke kne saman mintak2 pen ni, kalau orang lain macam2 alasan bagi dulu"
Aq          : "oh...saya nervous ckit encik first time kene kejar polis he..."


And lepas tu takyah cerita r ada la beberapa minit aq kene lecture tepi jalan malam2 buta tu, aq x jawab ape sangat r senyum je.. iyakan je semua dia cakap, yang pelik tu member dia yang sorang tu dari awal sampai akhir x cakap apa2 senyum je, muka not bad r dua2 muda lagi polis ni (aish..sempat lg tu aq hehe..)
last sekali terlepas juga r dari saman nasib baik... Sebelum bagi lepas tu sempat gak diorang ngaku diri masih singLe lagi, agak2 ada can x kalau2 nak masuk line, aq mmg x tau nak jawab apa r..senyum je sambil kaki da melangkah nak cabut, takut2 kalau berubah fikiran pula diorng jadi balik nak saman aq hoho..






Dah lepas tu aq dengan adik2 aq pun pakat x bagi tahu pasal ni dekat mak bapak aq atau memang xkan dapat keluar lagi. Tapi malangnya cerita ni tahan seminggu je,last2 mak aq dapat tau gak, aq da pelik da xkan r adik aq cerita, kalau x dengan diorang2 sekali  x dapat keluar jejalan lagi...


Rupa-rupanya mak aq dpt tau dari encik polis tu sendiri, boleh pula masa mak aq balik dari mengaji dekat skudai tu ada roadblock, terkena pula polis yang bertugas tu polis yang tahan aq aritu, sampai kereta mak aq je dari jauh dia dah cam, aish.. ni la yang susah bila kereta nak lain dari yang lain,x pasal2 da kantoi...
Kesimpulannya polis tu agak menjoyah gak r...n daripada apa mak aq cerita polis yg kantoikan tu bukan yang mulut murai masa tahan aq tapi polis yang senyap x cakap apa-apa pun, aish...jangan disangka yang senyap tu x menjoyah hoho...

Saturday, July 23, 2011

Couple Kejap2 Putus Kejap2 Sambung


Dari pengalaman aku dan org2 yg pernah bercouple ni, kebanyakkan pasangan mmg biase la jadi kes2 begini. Bergaduh sikit je terus mintak putus tanpa berbincang ape2 sampai tak terkira dah brape kali putus brape kali sambung. Bile dah 'cool' sikit yg sorang mintak sambung yg sorng lg sebab syg terima je lah balik. Seriously bile pk balik sgtlah amat x matang, tapi x boleh nak mengata gk, org kate 'CINTA TU BUTA'.  



Bagi aku kalau betul2 nak berpasangan tu gaduhlah macam mana teruk pun selagi boleh selesai, selesailah elok2, kadang2 kita boleh nampak keikhlasan seseorng tu bila timbulnya masalah dlm perhubungan begini. 
Bila dah berpisah, pandangan kita pada seseorang tu boleh berubah sama sekali. Tak disangka benda begini boleh terjadi. Bila fikir balik siapa sebenarnya dia ni? Betul ke dia ni orang yang kita sayang separuh mati? Kalau orang tu datang balik nak ‘rujuk’ keadaan dia dah lain sama sekali dan sampai bila-bila walaupun kejadian tu dah dimaafkan tetapi memang akan melekat dalam ingatan dan hati individu yang ditinggalkan tu. 


Kalau nak bercinta, eloklah betul-betul komited dalam hubungan percintaan tu sejak dari awal lagi. Janganlah setakat nak enjoy je dan bila apa-apa jadi terus cari jalan keluar.
Tapi kepada couple yang dah berpisah banyak kali tu, tak taulah. Mungkin mereka ni boleh terima hubungan yang macam tu dan mereka ni jenis orang yang tak serius, jadi takde masalah sangat. Kalau tanya aku perlu ke tidak putus ni, jawapan aku tak perlu! Pertahankan hubungan tu selagi termampu dan terdaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...