Saturday, July 23, 2011

Couple Kejap2 Putus Kejap2 Sambung


Dari pengalaman aku dan org2 yg pernah bercouple ni, kebanyakkan pasangan mmg biase la jadi kes2 begini. Bergaduh sikit je terus mintak putus tanpa berbincang ape2 sampai tak terkira dah brape kali putus brape kali sambung. Bile dah 'cool' sikit yg sorang mintak sambung yg sorng lg sebab syg terima je lah balik. Seriously bile pk balik sgtlah amat x matang, tapi x boleh nak mengata gk, org kate 'CINTA TU BUTA'.  



Bagi aku kalau betul2 nak berpasangan tu gaduhlah macam mana teruk pun selagi boleh selesai, selesailah elok2, kadang2 kita boleh nampak keikhlasan seseorng tu bila timbulnya masalah dlm perhubungan begini. 
Bila dah berpisah, pandangan kita pada seseorang tu boleh berubah sama sekali. Tak disangka benda begini boleh terjadi. Bila fikir balik siapa sebenarnya dia ni? Betul ke dia ni orang yang kita sayang separuh mati? Kalau orang tu datang balik nak ‘rujuk’ keadaan dia dah lain sama sekali dan sampai bila-bila walaupun kejadian tu dah dimaafkan tetapi memang akan melekat dalam ingatan dan hati individu yang ditinggalkan tu. 


Kalau nak bercinta, eloklah betul-betul komited dalam hubungan percintaan tu sejak dari awal lagi. Janganlah setakat nak enjoy je dan bila apa-apa jadi terus cari jalan keluar.
Tapi kepada couple yang dah berpisah banyak kali tu, tak taulah. Mungkin mereka ni boleh terima hubungan yang macam tu dan mereka ni jenis orang yang tak serius, jadi takde masalah sangat. Kalau tanya aku perlu ke tidak putus ni, jawapan aku tak perlu! Pertahankan hubungan tu selagi termampu dan terdaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...