Tuesday, November 16, 2010

ciNta..jOdoh

Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang je".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diri,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan diri berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat.

Melihat remaja yang merana kerana cinta walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta tapi masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah tanpa mengenal dosa pahala.

Jika tdk dpt dikawal,cinta sblm kawin itu mungkin menjerumus diri ke lembah dosa&zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun kemungkinan rumah tangga itu takkan berkat kerana asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.

Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!

Bagaimana cara memikat?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah?
 Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.

P/s : Artikel ni dpt dr email,rase cm ok je nak buat share..

3 comments:

  1. buat yg rase single mcm nisak..jgn risau yer..
    cinta pasti akan datang...
    dan pada waktu itu buatlah pilihan yang bijak...

    ReplyDelete
  2. huhu.. very the like... well btol2..
    gle risau tuh..
    sape tak risau..
    hurm.. nisa' .. so ble pulak nih..hehe

    ReplyDelete
  3. haha..aq plak ko bile...
    aq tunggu ko je ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...